Aku, kau dan dia

Aku, kau dan dia
Showing posts with label Puisi. Show all posts
Showing posts with label Puisi. Show all posts

Tuesday, 22 May 2012

Aku dari rusuk kirinya???

Best Blogger Tips
Ini la puisi yang aku cari-cari selama ini... dulu masa sekolah ade orang bagi kat aku tapi aku x ingat la siapa...Alhamdulillah jumpa semula...


Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. 
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. 
Masih mencari walau ada segalanya.Apa yang tiada dalam syurga? 
Namun adam tetap rindukan hawa. 

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok. 
Untuk diluruskan oleh lelaki. 
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus, 
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus. 

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah, 
kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah. 
Didiklah mereka dengan panduan darinya. 
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, 
kerana nantinya mereka semakin liar. 
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, 
kerana nantinya mereka akan semakin derita. 
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. 
Di situlah punca kekuatan dunia. 

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu. 
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman... 
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak. 

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya... 
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab... 
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan.. 
Ia bukan diskriminasi Allah... 
sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah... 

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya... 
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan... 
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus... 
Bahkan akan semakin membengkok... 
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya... 

Bila wanita menjadi derhaka... 
pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara.... 
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata... 
Tapi binalah kepimpinan... 
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya... 
Jinakkan diri kepada allah... 
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu... 
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra' 
Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah.

Sunday, 8 May 2011

Mawar putih untuk mama

Best Blogger Tips
http://youtu.be/ze3xLCWSvwc

aku memang suka lagu ni... sempena hari ibu yang lalu, aku dengar lagu ini banyak kali... aku teringatkan mak aku... mak, maafkan ode... bukan daku x nak balik menyambut hari ibu dan ulangtahun mak dengan adik-beradik lain.. tetapi keaadaan tidak mengizinkan.. tidak sekelumit pun di hati anak mu ini untuk menyingkirkan dirimu dari hidupku.. malahan tiap langkah mu dulu banyak yang ku titip dalam hidup ku...

Emak,
Kasih sayang yang pernah kau curahkan dulu,
Ku kutip dan sirami dalam kehidupanku
Agar ia menjadi cahaya dan penyeri dalam hidupku.
Emak,
Tiap nasihat mu...
Ku kecapi di setiap langkah ku...
Jasa mu tidak pernah ku lupa..
Aku sendiri tidak mampu membayar andai kau minta ku membayarnya...
Emak, aku amat menyanyagimu...

Sunday, 24 April 2011

Qistina mama tetap sayang

Best Blogger Tips
Sayang mama,
Mama tetap sayang Nana...
Marah mama bukan kerana benci..
Marah mama kerana sayang.
Rungut mama bukan kerana meluat..
Tapi mama penat dengan kehidupan mama.
Bukan kerana Nana...
Mama sayang Nana..
Tiap kali mama marah Nana,
Mama rasa bersalah dan sedih..
Tapi apa perlu mama buat supaya Nana tidak ulang kesalahan sama..
Ini semua mama lakukan kerana mama sayang Nana.

Wednesday, 20 April 2011

Qistina ku sayang

Best Blogger Tips
Anakku Qistina,
Mama sayangkan Qistina.
Dikau lah buah hati mama.
Sehari ku tidak melihat wajahmu hati begitu rindu pada mu.
Qistinaku sayang,
Tiap saat wajahmu tingkahlakumu bermain-main di mata ku.
Qistina, semoga dikau menjadi anak yang baik dan solehah.
Semoga kau terus membesar menjadi manusia yang berjasaa.
Ya Allah kau ikatkan sentiasa hati kami berdua..
Insyaallah.. Amin..