Aku, kau dan dia

Aku, kau dan dia
Showing posts with label Memori. Show all posts
Showing posts with label Memori. Show all posts

Thursday, 2 April 2015

KSSR MATEMATIK TAHUN 6

Best Blogger Tips
Alhamdulillah... hari ni tamat dah kursus DSKP KSSR Tahun 6. Sepanjang aku kursus, ada dua perasaan aku terhadap murid2 ku berbanding aku zaman kecil2 dahulu...
1) KESIAN
Kesian bebudak skrg... pelajaran mate aku masa kecik2 dulu tak la sesusah skrg... dulu aku enjoy je belajar mate. Sekarang punya pelajaran, topik tahun 6 sekarang, aku belajar masa tingkata 3... fuhhh...marvellous!!!

2) BERTUAH
Tetapi dalam kesian tu aku cakap gak... bertuahnya diaorg sekarang... kecik2 lagi dah belajar pelajarn sekolah menengah... dulu masa aku kat matrikulasi, terkial2 aku belajar mate ngan Geng-9 yang majority ambil add mate masa tingkatan 4 & 5. Sekolah aku takde subjek tu..jd x dapat la aku nak ambil add mate walau aku minat. Mungkin masa diaorg tgkt 5 nanti, diaorg akan belajar ilmu matematik yang aku belajar kat u dulu.

Ala...subjek Teknologi Maklumat & Komunikasi Tahun 5 pun aku belajar masa tahun pertama aku di UiTM...UiTM di hati ku...

Ini la Geng-9 yang banyak bantu aku dulu masa kat matrikulasi dan UiTM...sampai sekarang pun still berhubung

.

Berdiri dari kiri:- Asyha,aku, Eton, Afzan, Zaya
Atas buai dari kiri:- Zu, Ju
Depan dari kiri:- Yus , Sha

Diaorang la tempat aku menangis dan ketawa hahaha...banyak tul kenangan ngan diaorang...
4 orang dari kami jadi cikgu.. Alhamdulillah semua Berjaya dalam bidang masing2 walau agak nakal ketika matrikulasi dulu hihihi...

Ini je la coretan setelah tamat kursus... nanti bahan2 nya saya upload kemudian ye

Saturday, 23 April 2011

Kerja, kerja, kerja...

Best Blogger Tips
            Aku mulakan kerjaya ku hanya sebagai seorang pembantu, guru dan pengasuh di sebuah taska di Kajang. Ketika itu aku di tahun 2 UiTM Shah Alam. Aku berkenalan dengan seorang guru yang aku panggil Nana. Nana berasal dari Kelantan. Bos aku tak tahu yang aku seorang siswazah ketika itu, aku takut nk bgtau coz takut x dpt keje tu, ala nak cari duit lebih sikit je..
            Habis je UiTM aku jadi florist... aduh!!! sakit nye pinggang hari2 angkat bunga...tp syok keje kat KLCC.. kat centre lak.. ari2 jumpa artist..selain tu aku banyak timba ilmu mengubah bunga.. sampai skrg nak buat jambangan bunga tu x de masalh la.. tp nk buat utk org skrg x berani ler..
            Masa tu aku duk lembah pantai bersam kengkwn Yayasan SALAM (Persatuan sukarelawan yang aku aktif masa tu). Diaorg kesian tgk aku ari2 balik lewat mlm nk merungut sakit pinggang so ada seorang akak tu.. k.lang, (akak mokhlis-Suami Nordina Intan).. Dia htr nama aku sbg volunteer kat MAKNA. Lepas tu aku jadi Pngurus Rumah Pengantaraan Hospital Putrajaya yang mana menghandle pesakit-pesakit kanser yang berurusan dgn hospital putrajaya. Tempat tu kat Dengkil, berhampiran Kuaters Kastam.
            Ketika di sana, aku berhubung kembali dengan sahabatku Wan Zhafran (ketika ini dah jadi suamiku). Secara tidak sengaja, timbul perasaan cinta bila masing-masing masih single. Oleh kerana kesukaran si dia menemui ku, aku ambil keputusan letak jawatan dan berhijrah kembali ke bandar metropolitan Kuala Lumpur. Aku kembali ke KLCC yang aku cintai...
BERSAMBUNG....