Aku, kau dan dia

Aku, kau dan dia
Showing posts with label Diet Atkins. Show all posts
Showing posts with label Diet Atkins. Show all posts

Tuesday, 24 March 2015

Hari ke 4

Best Blogger Tips

Hari ni banyak tul kelas...nk mkn pun curi2...sekali cikgu normala buka bekas isi mangga jeruk...habis... kwn sorang lg cikgu maria menyedapkan lagi keadaan... kupas sebiji mangga muda fuhhh... lemak2 gitu..,habis...tp berserah je la.,jgn stress sgt..,

Breakfast
2 biji telur 3/4 masak

Lunch
Pasta chicken ball

Nama biar grand hahahha

Bahannya:
Bebola ayam (sesuka hati banyaknye)
Telur 2 bji ( dipukul)
Bawang kuning 1/4 biji
Timun jepun ( banyaknya ikut suka, potong halus2 memanjang)
Cheese 2 kpg

Caranya:
Panaskan oven dlm 10 minit suhu 180○c
Susun berbola dlm bks aluminium foil
Masukkan telur
Tabur bawang dan timun
Setelah oven panas, Masukkan dalam oven 15 minit
Letak cheese n masuk semula dalam oven 10 minit..siap...
hasilnya:


Dinner
dinner mlm ni lari sikit...anak nk mkn ayam msk kicap...
so mkn la ayam msk kicap tu...terlupa nak asingkan ayam goreng sebelum masuk dlm kicap
sayur kubis air je...

Monday, 23 March 2015

HARI KE 3

Best Blogger Tips
Alhamdulillah hari ni dah masuk hr ke 3... aku tekad x nak naik timbang sehgga hari Sabtu... bukan apa...aku rasa bila aku naik tmbg mula la diet mula lari....so NO TO TIMBANG hahahhaha

Hari ni aku msk kerja semula setelah semggu bercuti...x de la semggu sgt... 5 hr je sbnrnye... sbb selebihnya ada kelas tmbhan dan Mesyuarat Agong Pibg...yang sakit hatinye, beberapa kerat je yg dtg..sedih sungguh... dulu masa aku sklh kelas tmbhan sentiasa penuh murid...Ini la murid & ibu bapa skrg...x ambil berat terhdp pelajaran anak2... Dalam hati saya berharap agar KPM buat semula sistem murid yg x lulus thn 6 x yah naik sklh menengah hahahhaa...baru tahu...

Aku dah la ngajar kelas belakang... lagi sakit hati huhuhu... sakit hati kat bebdk sbb malas...aku explain mcm satu kelas dgr...bila buat latihan asyik tanya lepas tu n lepas tu...yg lg teruk...tggu jwpan time sesi perbincgan huhuhuhu...

Ni nak share menu hari ke 3

Breakfast
Telur dadar 2 biji + timun jepun

Lunch
Nasi lemak atkin..., mcm mana tu?

Bahan2 nasi:
Kobis bunga 100-200gm
Santan
Telur sebiji
Separuh bwg merah
Setgh cwn air

Caranya:
Didihkan air
Masukkan kobis bunga & bawang hgga air agak kurang
Masukkan santan kacau rata
Masukkan telur~untuk lbh pekat
Dah agak kering/ pekat padam api,,,

Bahan2 sambal:
Cili kering blend
Bawang merah blend
Cuka
Garam
Stevia
Ikan bilis

Caranya:
Tumis bwg merah
Setelah bawang garing, masukkan cili blend
Bila cili kering dah masak masukkan cuka, garam, stevia
Rasa...kalau dah sedap masukkan ikan bilis...

Sy punya sambal tu... sy blend je ikan bilisnye hihihihi
Hidangkan bersama timun atau telur atau ikan bilis..
Jemput makan semua..,,


Dinner
Ikan susu bakar
Sayur Pak Choy celur...
jirus minyak zaitun sikit dan
tabur bawang putih goreng sikit

Friday, 20 March 2015

Aku dan Atkins

Best Blogger Tips

Aku join diet atkins bulan 8 2014.. tapi malangnya...selepas 10kg turun berat aku statik je... aku tahu...masalah utama metabolisma rendah...aku tak boleh 'pom pom' everyday...

Rasa sangat sedih bila tgk org lain trn dengan jayanya....

Hari ini 21hb Mac 2015 aku tekad untuk mula semula...dengan berat hari 82kg...
Adakah mimpi ku akan jadi kenyataan...mari kita tgk sama2...apa akan terjadi...

HARI 1

Sebelum breakfast
1 sudu minyak zaitun
1 sudu jus delima
1 sudu cuka epal
*semua kat atas aku minum dengan air suam....

BREAKFAST

Nasi Goreng Selery

Bahan-bahan:
Bunga kobis - sebyk yang anda mahu dan sagat halus
Batang seleri - 1 batang
Cili - 3 biji
Telur - sebiji
Bawang besar - 1/4 biji
Bawang putih - 2 ulas
Minyak untuk tumis
Sedikit garam
Sedikit lada sulah

Cara-cara:
1)Tumis bawang putih
2) Masukkan bawang besar & cili
3) Masukkan telur yang dah dipukul ringan
4) Bila telur separuh masuk masukkan kobis bunga yang telah disagat dan batang seleri yang telah dipotong serong...
5) Perasakan dengan garam & lada sulah
6) Hidangkan sama ada dengan bawang goreng atau ikan bilis atau telur goreng.., yummmy!!!! :P




LUNCH

Sup daging

DINNER

Ikan kerisi goreng & sayur bayam goreng