Aku, kau dan dia

Aku, kau dan dia
Showing posts with label Dari dapur ku. Show all posts
Showing posts with label Dari dapur ku. Show all posts

Tuesday, 27 May 2014

Mee Siput Goreng

Best Blogger Tips
Mee siput memang terkenal di Muar... biasa2 ia digoreng dalam minyak yang banyak dan di makan seperti maruku cicah dengan sambal tumis atau sambal kicap... tapi aku pun tak pernah try.. hahaha...baru ni gatal gi beli mee siput.. tapi tak tahu nak masak apa.. so aku goreng je la...

Tak kenal mee siput... ini bentuk nya...


Bahan2 nya: ( untuk 3 orang makan)
3 keeping mee siput
5 biji bawang merah ( ditumbuk)
2 sudu tomato paste
1 sudu cili kisar
2 keeping isi ayam di cincang
sedikit sayur (apa jenis sayur yang anda suka-selalunya kubis & sawi))
1/4 bawang besar
1/4 tomato buah
2 sudu kicap pekat
1 sudu tepung jagung dan bancuh dengan 1/2 cawan air
1/2 cawan air
3 sudu minyak untuk tumis
garam
serbuk perisa (jika perlu)
 
Caranya:
 
1. Rebus mee siput hingga mendidih- bila dah mendidih padam api segera takut ia meruap dan melimpah. Biarkan hingga lembut dan tapis.
 
2. Panaskan 3 sudu minyak untuk tumis.
3. Tumis bawang merah hingga naik bau.
4. Masukkan tomato paste hingga agak garing.
5. Masukkan cili kisar hingga agak garing
6. Masukkan ayam dan kacau hingga ayam masak
7. Masukkan air biarkan mendidih
8. Masukkan kicap pekat
9. Masukkan garam dan bahan perasa.
10. Masukkan sayur, bawang & tomato
11. Masukkan bancuhan tepung jagung.
12. Bila tepung jagung dah sebati dengan kuah yang asal , ia akan jadi warna yang asal. Masukkan mee dan gaul sebati.
 
Dah siap!!! Hidangkan...
 
 
 
SELAMAT MENCUBA!!

Thursday, 15 May 2014

Lasagna Daging... Yum yum...

Best Blogger Tips
                  Teringin tul nk makan Lasagna Daging...Kawan kata sekarang Pizza Hut dah ada Lasagna Daging.. yo yo la.. aku pun gi la.. (selama aku kerja PH dulu, yang ada hanya la Seafood Lasagna.. Maybe setelah 8 tahun aku tinggal kan PH, dah ada perubahan kot...) Bila sampai, malangnya, yang tetap ada hanyalah Seafood Lasagna... so aku pun plan la buat sendiri sbb aku tak tahu nak cari mana...

Firstly aku beli kulit lasagna segera....
 
Bahan2 untuk inti daging:
1. 1 tin sos prego tradisi (tin merah)
2. Cendawan butang dalam tin- ambil dalam 4 biji dan cincang halus
3. Daging cincang 400 gram
4. Serbuk black pepper, serbuk oregano dan jika ada Italian herbs
5. Bawang besar dan bwg putih 5 ulas di cincang halus
6. Keju mozzarella
7. Keju parmesan
8. Sos cili 2 sudu besar
9. Garam secukup rasa
10.Minyak zaitun untuk menumis ( guna minyak masak pun x pa)
 

Bahan2 utk Sos Putih :
1. 4 sudu besar butter
2. 4 keping keju slice
3. 500ml susu full krim/fresh/lowfat
4. 3 sudu besar tepung gandum
5. garam secukup rasa
 

Cara Membuat inti Daging :

Masukkan 5 sudu besar  minyak zaitun
Tumis bawang putih hingga naik bau, kemudian masukkan bawang kuning.

Bila bawang kuning dah layu, masukkan pula daging cincang.
Gaulkan hingga daging berubah warna dan tiada kemerahan.

Kemudian masukkan semua sos prego.
Masukkan sedikit air dalam tinnya untuk membersihkan sisa2 yang tertinggal dan curahkan air tersebut ke dalam kuali tadi.
Gaul sebati dan masukkan garam secukup rasa.
Masukkan serbuk oregano dan Italian herbs
Masukkan cendawan butang dan sos cili
Tabur serbuk black pepper.
Gaul sebati dan tutup api.

*Sambil tu panaskan oven dengan suhu 180.
 
Cara membuat sos putih:
Cairkan butter dan guna api kecil.
Masukkan  tepung gandum dan gaul sebati.
Masukkan susu . Sentiasa kacau perlahan.
Masukkan keju dan kacau sehingga keju cair dan sebati.
Masukkan garam secukup rasa. Kacau sampai likat sikit dan tutup api.

Cara Melapis Lasagna :
Didihkan air. Setelah didih, padamkan api dan celurkan satu demi satu keping kulit lasagna.
Jangan masuk banyak sekali gus, nanti melekat. Angkat guna sudip ye, takut ia patah.
Tujuan celur ni nak bagi kulit tu lembut sikit.
Griskan loyang atau baking dish dengan sedikit butter.
Susun kepingan lasagna sampai menutup semua bahagian loyang.
Ratakan inti daging di atasnya.
Tuangkan sos putih sampai hilang pandangan inti daging tu..
Taburkan cheese parmesan dan mozarella

Ulang balik cara yg sama, jangan melebihi 3 layer. Takut tak masak pulak nanti.
Yg penting last sekali mesti sos putih dan cheese yg di tabor.
 

Masukkan dlm oven.. Pastikan oven telah panas ye. Selama 30-40 minit mengikut saiz ur lasagna. Kejunya menjadi perang tanda lasagna telah masak.

*Lasagna sedap di makan panas tapi kalau nak potong cantik, pastikan ia sejuk sedikit baru potong ye... saya x sempat ambil gambar setelah dipotong kerana semua tak sabra nak makan,,, yum yum,,, sgt sedap dan puas hati kerana dapat buat sendiri...

Tuesday, 13 May 2014

Resepi Spaghetti Simple dan Mudah

Best Blogger Tips
Sorry ye gambarnye comot sikit...yang penting sedap.. bertambah2 kami dua beranak makan...
 
Bahan2nya :
1/2 peket Spagetti
minyak zaitun (kalau ade, kalau x de, guna minyak masak je)
1/2 sudu garam kasar
1/2 tin sos traditional prego (warna merah)
1sudu cili boh ( kalau suka pedas)
1/2 biji bawang kuning (potong dadu)
2 ulas bawang putih ( diketuk)
1 biji tomato (potong dadu)
6 biji mushroom(potong nipis2)
1 keping isi ayam ( terpulang banyak mana yang u all suka)
2 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
serbuk oregano (kalau x de pun, x pa)
serbuk Italian herb (kalau x de pun, x pa)
serbuk parmesan cheese
sedikit garam halus
serbuk lada hitam ( jangan hancur sgt-kat pasaraya ada jual)
 
Cara2nya:
1) Didihkan air dalam periuk sederhana bersama minyak masak/zaitun dan garam kasar.
2) Bila air dah mendidih, masukkan spagetthi...
Ramai yang tak tahu macam mana untuk menentukan tahap masak spagetthi...
Ketika saya di Pizza Hut dulu, ada pekerja Nepal ajar saya baling ke dinding atau syiling kalau spagetthi tu melekat maknanya dah masak hahahaha...
tapi kat rumah ni saya tak la aplikasi.. saya lebih suka ia rasa anjal.. tak terlalu lembik.. dan tak terlalu liat...
 
Sosnya:
1) Panaskan minyak zaitun/masak
2)Tumis bawang putih hingga naik bau
3) Masukkan bawang hingga kekuningan
4) Masukkan ayam hingga masak
5) Masukkan cili boh
6) Masukkan sos prego hingga mendidih dan sebati dengan minyak
7) Masukkan sos cili dan sos tomato
8) Masukkan mushroom dan tomato
9) Masukkan serbuk oregano, Italian herbs, lada hitam dan garam
10) SIAP!!!
 
* Jika anda suka gaul sekali spagetthi dan sos nya, masukkan parmesan cheese terus, kalau tak hidangkan bersama. Saya biasa gaulkan je.. lagi sedap sbb dah sebati...