Aku, kau dan dia

Aku, kau dan dia

Friday 20 March 2015

Aku dan Atkins

Best Blogger Tips

Aku join diet atkins bulan 8 2014.. tapi malangnya...selepas 10kg turun berat aku statik je... aku tahu...masalah utama metabolisma rendah...aku tak boleh 'pom pom' everyday...

Rasa sangat sedih bila tgk org lain trn dengan jayanya....

Hari ini 21hb Mac 2015 aku tekad untuk mula semula...dengan berat hari 82kg...
Adakah mimpi ku akan jadi kenyataan...mari kita tgk sama2...apa akan terjadi...

HARI 1

Sebelum breakfast
1 sudu minyak zaitun
1 sudu jus delima
1 sudu cuka epal
*semua kat atas aku minum dengan air suam....

BREAKFAST

Nasi Goreng Selery

Bahan-bahan:
Bunga kobis - sebyk yang anda mahu dan sagat halus
Batang seleri - 1 batang
Cili - 3 biji
Telur - sebiji
Bawang besar - 1/4 biji
Bawang putih - 2 ulas
Minyak untuk tumis
Sedikit garam
Sedikit lada sulah

Cara-cara:
1)Tumis bawang putih
2) Masukkan bawang besar & cili
3) Masukkan telur yang dah dipukul ringan
4) Bila telur separuh masuk masukkan kobis bunga yang telah disagat dan batang seleri yang telah dipotong serong...
5) Perasakan dengan garam & lada sulah
6) Hidangkan sama ada dengan bawang goreng atau ikan bilis atau telur goreng.., yummmy!!!! :P




LUNCH

Sup daging

DINNER

Ikan kerisi goreng & sayur bayam goreng

No comments:

Post a Comment